IklaN

Thursday, September 30, 2010

Teknik-teknik makeup yang betul...

Assalamualaikum...

Cerita nie dah lapuk plus basi dah pun..Nak update time nie buzy mengalahkan menteri..Cerita nie berlaku pada minggu hari raya..Nak ambik Cd gambar tunang yang ada tak terisi dalam Cd yang dipos pada mulanye..Alang-alang pergi beraya, aku belajar teknik makeup yang betul..Kawan aku nie adalah photografer time tunang aku, dia pandai makeup dan sape-sape nak try makeup lehla contact dia..Cari je kat Facebook UM Makeup..Tapi time aku tunang bukan dia yang makeup ok..

Kagum aku tengok alat makeup kawan aku nie..Umur sama mudala ngan aku..Masih belajar kat Uitm Shah Alam.Nak kata ambik bidang makeup tak, dia cakap minat..So, boleh buat duit alang-alang dah minat nie...




Macam-macam ada...

Bila la aku nak ada banyak macam nie alat makeup..huhuhu

Nie gambar alat makeup time aku tunang haritu..;D


Aku belajar dalam 2jam rasenya..Step by step..Dia ajar dari basic tak tahu langsung nak makeup...Macamane nak guna berus yang ok dan betul..Dia jugak rekemen product-product yang selamat untuk kulit..Ala-ala shading nie pun belajar memandangkan hidung aku takdela mancung sangat..Esoknya, aku pun membeli dengan hebatnya alat-alat makeup..Jenama Elianto je pun..Nak try mula-mula makeup..Beli mahal-mahal pun tak reti guna wat rugi jugak..Aku time belajar dulu pun pakai bedak dan foundation jugak tapi tak jadi macam orang lain...Ada je capuk-capuk bedak bile time peluh.. Bedak pun cepat abis..Petua nak jimat, pakai berus!!..Cikit je apply dah ok..Jimat duit beli bedak..;D
Align Center













Muka aku sebelum makeup, yang capuk-capuk bedak dan gambar yang pakai selendang tu gambar time belajar makeup..Ok tak??Layan gambar step-step time aku makeup tunang haritu la ye...

Ambik gambar dulu...

Kening di cukur cikit..

Letak foundation kat parut-parut...

Letak eyeshadow...

Letakkan warna gelap dari biasa membentuk huruf V

Sapu rata dengan berus khas...

Eyeliner hitam...

Pensil warna putih pun ada...

Celak coklat ye..

Maskara kening...

Shading bahagian pipi....

Shading bahagian hidung...

Maskara sebelum pakai bulu mata palsu....

Pakai bulu mata palsu....

Apply maskara sekali lagi, guna tangan supaya tak comot...

Kemaskan bahagian mata dengan berus kecil bila dah pakai bulu mata palsu...

Lipliner...

Lipstick....

Lipgloss...

Siap...

Pastu bolehla pakai tudung dan posing-posing....


Mak andam pakaikan tudung...


Ok, siap...Nanti korang bolehla cuba-cuba teknik makeup nie ye..Barula cun..;D

Bye...

Wednesday, September 29, 2010

Kisah Perempuan...

Assalamualaikum....


Just nak share pasal benda yang aku simpan dalam lappy kiut miut aku nie..Terjumpa lak..benda nie berguna kepada aku untuk jadi wanita yang baik di sisi agama, mak abah, bakal suami, dan bakal anak-anak aku nanti..so, apa lagi sharing is caring...;D


'Barang siapa yang menggembirakan seseorang perempuan, maka darjat seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah swt dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya..'


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah saw akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah swt akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan daripada pasar kerumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah ra, “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah daripada mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan didalam laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12.Aisyah ra berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah saw "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah saw, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia daripada pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia kedalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10 000 tahun)
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1 000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1 000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah swt mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah swt memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah swt.


Wanita Idaman Lelaki...

Berpegang kepada agama - Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

Manja - Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.

Memahami Lelaki - Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

Sejuk Mata Memandang - Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. 

Kelebihan Seorang Wanita...

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

So, aku bangga jadi WANITA..dan harap jadi wanita muslimah..Insya'allah...;D



















Kawan-kawan cakap gambar nie ala-ala pengantin muslimah..Kira muslimah jugakla tu..hehehe..;D


p/s: Hari ini puasa, nak jadi gadis muslimah la katakan, nak masuk gadis melayu tak terima..;D

Tuesday, September 28, 2010

Spa Ikan....

Assalamualaikum...

Malam tadi aku dan kawan pergi Uptown seksyen 24...Jalan-jalan cari pasal yang just nak potong kaki seluar jeans je pun...Cuci-cuci mata, kami terlihat spa ikan..Rasa nak try je, tengok ikan besar-besar..Mesti sakit kalu ikan tu gigit sebab dah ada gigi..Yang aku pernah tengok ikan kecik-kecik je..Nie ikan dah kenyang makan daki kat kaki orang..huhu..Last-last kami pun cuba gak memandangkan rm5 je untuk 20minit tapi kami puas sebab lama wei nak abis masa..Kami rasa penjual tu saja nak bagi lama sebab time kitaorang duk wat spa tu ramai giler yang datang tengok 'awek' cun nie..Tambah ramai yang datang beli kat kedai nie time kitaorang ada..Mula-mula masuk takde orang pun..Aku bukan nak percaya ke apa..Awal tahun haritu ada bos aku dia ramal2 yang aku nie pelaris..Siap ada double lagi pelaris aku nie..Ala bos aku nie ada pergi kursus yang selalu ada sorang Doktor wat ramalan yang dalam paper tu..Mengikut tarikh lahirla, kerjayala..Nama aku lupa ..Aku pun malas nak percaya benda-benda karut, tapi setiap kali aku masuk kedai makan selalunye, lepas aku masuk mulala ramai yang datang...So, sape2 yang kedai nak bankrap panggil aku ye..Try je, aku just menolong..Hanya Allah swt yang tentukan rezeki masing-masing...Eh, lari topik lak aku nie...Nak citer pasal ikan..

Ok, cuba korang bayangkan kaki direndam di dalam sebuah kolam dengan ratusan ikan-ikan kecil (aku punya macam besar je)menggigit kaki. Tentu geli atau menakutkan bukan?Ia mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan kulit seperti melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut-parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema.Abis licin daki kat kaki aku..;D






















Tapi ikan-ikan nie macam taknak makan daki aku je, takpun daki aku takde banyak sangat (perahsantan!!!) macam orang lain..Cuba tengok sendiri, ikan tak banyak kat kaki aku nie..Yang aku tahu ikan nie mampu menghilangkan stres dan tekanan harian..Mana tidaknye, aku asyik duk gelak-gelak geli je mula-mula..So, ilangla stress strain nie..huahua

Selepas rawatan aku rasa kulit lebih licin dan sihat.Sebab kaki licin sangat, pastu lebih putih...Dengan kulit yang licin dan pori-pori kulit yang tidak tersumbat, gigitan ikan-ikan ini membantu melancarkan aliran darah di kulit..Nie aku baca kat risalah dia la malam tadi..

That all..
Muuah...

p/s: Bile gaji nak masuk nie..Nak shopping sakan nie...Nak cek malas..;(


Monday, September 27, 2010

Geramnye...

Assalamualaikum....

Aku sungguh geram hari nie..Tadi aku tulis citer pasal interview,open house dan jalan-jalan..Tibe tertekan apatah terus ilang..Nie yang aku malas nak guna shoutcut2 nie..Dahla banyak giler aku masuk gambr...Posing2 sakan..Banyak hari lak tu aku tulis..Kumpul bagi panjang ckit, tibe2 ilang lak..

Aah, nantila aku citer balik pasal interview and others...Sekarang kat umah Yda lagi...Kak uya tak kerja harini, mungkin nak kuar..Tapi tak tau mana lagi nak pergi..Ikut je...;D

Akukan suka berjalan...Aku naik je kereta, terus leh gi jalan..Cakap je..





















Atas kereta Along...

Aku rasa yang paling baik nak tulis blog nie takyah nak save draft..Tulis je kat Word pastu copy..Kalau ilang ada save lagi..Mmm..memang takleh advance cikit aku nie..waaa...

Sunday, September 5, 2010

Dilemma...


Assalamualaikum…


Raya pun belum lagi tapi aku dah pikir benda yang akan aku tempuh…Well, lepas raya ngajar 3hari, aku pun tamat berkhidmat sebagai guru ganti pada 19 september…20hb aku maybe naik bas ke…..(benda nie yang dalam dilemma aku sekarang nie…huhuhu)


Al-kisahnya, aku ada temuduga pada 24hb 9 kat kuala lumpur, jalan pantai apatah…(kurang arif bab2 jalan nie…)Aku ingat pergi sana awal since nak kenal jalan ke tempat temuduga sebelum hari sebenar dan encik tunang nak belikan baju untuk temuduga (mungkin nak sedapkan hati je kot..)..Masalahnya, aku nak tinggal kat mana?????Aku nak duduk seminggu je kat sana pastu aku balik Kelantan pulak..Kalau ada temuduga baru datang balik…Aku ingat nak tumpang je umah member2 tapi segan wei nak menumpang2 nie…Tapi aku pikir, lama dah tak jumpa kawan2 nie…Leh borak lama2 kalau tinggal serumah, lagipun lepas temuduga aku balikla…Tapi realitinya, takde sape pun ajak aku keluar, jalan2, shopping2 + b’malam rumah diaorang…;(


Pasal transport lak, encik tunang akan bagi kereta, takpun dia akan datang dan ambik kalau nak ke mana2..settle kes tu..Haishhh, nak tumpang umah saper nie!!!!!


Kadang2 aku rase aku takde kawan nak mintak tolong..(sedihnye…)Semua macam penting diri dan ada komitmen lain…Time susah cari aku, time happy tinggal aku..Dulu nak mintak kerja, cari kerja tolong aku carikan jugak..Sekarang dah kerja, aku yang tak kerja nie takde lak tolong carikan kerja kat aku pulak...Mmm..memang susah nak cari sahabat susah senang nie..Aku taknak cerita keburukan kawan2 aku walaupun diaorang kutuk2 aku ke, apa2la..Tak kisah pun..Janji aku tak kacau orang..;P


Sebenarnya, boleh je aku tinggal umah abang atau kakak aku kat Shah Alam tu, tapi aku MALAS + takut diaorang mengungkit…(malas nak explain lelebih benda nie....)..


Ahh..makin takde mood nak cari kerja....


K la...Nanti giler aku pikir benda nie...


Kepada sesiapa yang baik hati nak bagi tumpang rumah diaorang please PM kat facebook aku, takpun email aku je..must_az@yahoo.com, sebab blog nie tkleh orang komen kot..huhuhu..(masalah lagi...)..


p/s: Hari nie birthday adik Ira (adik encik tunang) yang ke 17, good luck for spm ye..chaiyok2...


Wassalam...


Thursday, September 2, 2010

Majlis Khatam Al-quran……….


Alhamdullilah……………


Semalam time perhimpunan ada Majlis Khatam Al-quran, aku pun join baca sekali..Kira khatam quran gakla…hehehe..


p/s: Aku dah abis baca juzud 5,minggu lepas lagi..Alhamdullilah…


Abis je majlis, guru2 dapat bunga telur..Budak2 yang khatam quran dapat hadiah + bunga telur…Majlis simple je, buat kat Dataran perhimpunan..;D


Nah, tayang gambar bunga telur yang tak seberapa nie + atucara majlis...;D
















Kerja macam biasa, takde relief semalam..yeyeye..Sebelum balik dapat kek coklat dari sekolah sempena nak raya nie..Alang2 birthday Abah, kira takyah belila kek ye..;D


















Hari nie last kerja, bestnye nak raya dah…Biskut banyak lagi tak buat…Sebab bahan mentah banyak lagi….Opps..cuti sekolah nie aku ada kelas tambahanla pulak..huhuhu..Hari ahad pukul 11-1petang..;(


Aku dah settle semak markah matematik exam Pra PMR hari isnin 30/8/2010…Skema takde, so aku jawab sendiri dan bagi markah sendiri jugak…Dah masukkan markah dalam data pun…Settle!!! Aku patut kagum dengan diri sendiri…Sebab cikgu lain tak tanda apapun lagi + skema pun nak mintak2 dengan orang…;D


p/s; Encik tunang cakap aku makin kurus berbanding time tunang haritu…;D


Ada kena mengena ngan tajuk entry ke???Hentam jela…Opps, hari sabtu 8.30-10.30 aku ada kelas untuk Klinik Matematik, ada 10 budak yang gagal matematik time exam percubaan haritu...

Wednesday, September 1, 2010

Happy birthday ABAH!!!!!!

Assalamualaikum....

Hari ini birthday Abah yang ke 61...Semoga sihat2 selalu dan menjalani kehidupan yang ceria sokmo di samping anak-anak tersayang...;D

K la nak pergi perhimpunan pulak nie..Perhimpunan Badan Beruniform..


Abah tengah tunggu pihak rombongan datang..;D


Piissst...;D

p/s: Tadi sahur ngan mee sedap yang mak buat...bertambah-tambahla sedap...tak lalu nak makan nasi...;D