Malam tadi aku dan kawan pergi Uptown seksyen 24...Jalan-jalan cari pasal yang just nak potong kaki seluar jeans je pun...Cuci-cuci mata, kami terlihat spa ikan..Rasa nak try je, tengok ikan besar-besar..Mesti sakit kalu ikan tu gigit sebab dah ada gigi..Yang aku pernah tengok ikan kecik-kecik je..Nie ikan dah kenyang makan daki kat kaki orang..huhu..Last-last kami pun cuba gak memandangkan rm5 je untuk 20minit tapi kami puas sebab lama wei nak abis masa..Kami rasa penjual tu saja nak bagi lama sebab time kitaorang duk wat spa tu ramai giler yang datang tengok 'awek' cun nie..Tambah ramai yang datang beli kat kedai nie time kitaorang ada..Mula-mula masuk takde orang pun..Aku bukan nak percaya ke apa..Awal tahun haritu ada bos aku dia ramal2 yang aku nie pelaris..Siap ada double lagi pelaris aku nie..Ala bos aku nie ada pergi kursus yang selalu ada sorang Doktor wat ramalan yang dalam paper tu..Mengikut tarikh lahirla, kerjayala..Nama aku lupa ..Aku pun malas nak percaya benda-benda karut, tapi setiap kali aku masuk kedai makan selalunye, lepas aku masuk mulala ramai yang datang...So, sape2 yang kedai nak bankrap panggil aku ye..Try je, aku just menolong..Hanya Allah swt yang tentukan rezeki masing-masing...Eh, lari topik lak aku nie...Nak citer pasal ikan..
Ok, cuba korang bayangkan kaki direndam di dalam sebuah kolam dengan ratusan ikan-ikan kecil (aku punya macam besar je)menggigit kaki. Tentu geli atau menakutkan bukan?Ia mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan kulit seperti melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut-parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema.Abis licin daki kat kaki aku..;D
Tapi ikan-ikan nie macam taknak makan daki aku je, takpun daki aku takde banyak sangat (perahsantan!!!) macam orang lain..Cuba tengok sendiri, ikan tak banyak kat kaki aku nie..Yang aku tahu ikan nie mampu menghilangkan stres dan tekanan harian..Mana tidaknye, aku asyik duk gelak-gelak geli je mula-mula..So, ilangla stress strain nie..huahua
Selepas rawatan aku rasa kulit lebih licin dan sihat.Sebab kaki licin sangat, pastu lebih putih...Dengan kulit yang licin dan pori-pori kulit yang tidak tersumbat, gigitan ikan-ikan ini membantu melancarkan aliran darah di kulit..Nie aku baca kat risalah dia la malam tadi..
That all..
Muuah...
p/s: Bile gaji nak masuk nie..Nak shopping sakan nie...Nak cek malas..;(
4 comments:
pergi tak ajak...huhu
;D
Apa maksud... ;D?
kenyit mata...
Post a Comment