IklaN

Sunday, October 17, 2010

3 bulan....

Assalamualaikum...

Hari nie genap 3 bulan aku dan encik tunang bertunang..mmm..perasaan??makin sayang dan dihargai plus terpikir bile kami nak kwin nie???..huhuhu..Encik tunang selalu cakap, suku pertama tahun depan kahwin..Maknanya, sebelum habis bulan 4 kahwin..Ooh, tak buat apa2 persiapan lagi nie...No komen...

Tapi hari nie takleh nak sambut dengan kek or tiup lilin macam selalu..sebab encik tunang outstation, kat Benta Pahang...So, tangguhla nak celeberate ye..Lagi besaula kek nanti..hehehe..



Nie kek encik tunang bagi time tunang...hitam putih..;D


Diharap hubungan nie mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah swt hendaknya..Dan paling penting hubungan nie kekal hingga ke jinjing pelamin..Insya'allah..Amin..


Editing salah nie(tarikh)..Photografer yang edit...Sila abaikan..


Pen off..


Saturday, October 16, 2010

ThE beSt DaTe EveR...

Assalamualaikum....


Kisah yang lapuk dah, tapi masih segar dalam ingatan...Siap2 nak pergi Pameran Pengantin Malaysia kat KLCC..Yela,survey mana yang boleh..;D


Posing2 ambik gambar sendiri sebelum bertolak...;P

Naik komuter dari Sg. Buluh terus ke KL sentral..Pastu jumpa encik tunang dekat KL Sentral makan Mc D pastu baru ke KLCC...Sebelum masuk kena cop mohor dulu..Bayar rm1..Nak masuk pun kena bayarla..huhu


Tangan sape yang lagi putih...hehehe

Masuk je terus dengar ceramah dari gerai2 yang ada..Pasal kad kahwin, gambar photoshoot, pelamin, baju yang nak disewa..Semuala dari A sampai Z...Dalam duk dengar2 leteran @ jualan langsung nie..Adala pertandingan makeup pengantin muslimah..Aku pun apa lagi tengokla puas2 cara2 makeup nie..Komen takyah nak cakapla, memang kuat mengomel..hehehe


Peserta nie dapat tempat ke2..

Antara model2 yang dimakeupkan..Baju biru tu muka macam Ikin@Ain kalau nak tahu...



Posing time....;P


Urbanvibe...

Yang nie je encik tunang hadiahkan sempena 10/10/10...
Adakah hadiah nie sempena angkasawan kahwin???konfius!!!!
so, bile kita nak kahwin wahai encik tunang oii!!!



Keluar je dari pameran, ada siaran langsung dari Sepang lak..Yang aku kenal Rossi je la..Ada skrin besar untuk tengok kat situ....



Aku takdela tengok pun....

Untuk tinggalkan kesan kat sini, apa lagi aku jadi gadis litar muslimahla yang tak bergaji..


Sopan tak gadis nie???Agak2 ada tak nak panggil aku jadi model nanti???

Motor besau...

Motor kecik...;P

Habis je ronda2, kami balik sama2 sampai ke Sg. Buluh..Pastu pergi Giant Damansara beli barang dapur..Balik masak and makan ramai2 dengan family abg encik tunang...Walaupun letih aku tetap happy je...Jarang nak makan dengan family encik tunang macam nie..First time ok!!!

K la, 10/10/10 dalam kenangan...muuuuahhh....

Tuesday, October 12, 2010

Tak kenal maka tak cinta...

Alhamdullilah...

Malam nie aku ada lagi tempat untuk berteduh..Mungkin esok aku tak tahu lagi nak ke mana...Malam nie aku nak nangis puas2..Aku rasa tkde mood nak tulis blog..

k la, night..

Saturday, October 9, 2010

Aku Si GaDis Scorpio yang ManjA...

Assalamualaikum....

Ciri-ciri bintang Scorpio

SCORPIO : YANG MANJA( 23 Oktober - 22 November )


Aku si gadis scorpio...(7/11 @ seven eleven..;D)

Ciri Positif

Orang yang dilahirkan pada tarikh antara 23 Oktober hingga 22 November dikatakan bernaung di bawah zodiak Scorpio , yang berlambang Kala Jengking.Dengan yang demikian , Scorpio mempunyai daya penarik ,kreatif, ada keinginan yang kuat, punya stamina , daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun , ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu , suka menuntut bela , suka ' membinasa diri ', melampau , fanatik ,tamak dan berdaya untuk menyerang.

Kualiti Astrologi

Scorpio termasuk dalam kategori tetap , iaitu mempunyai daya kestabilan, daya ketabahan , daya ketahanan dan daya kesempurnaan . Dengan kualiti ini , anda adalah baik untuk memastikan sesuatu projek itu berjalan dengan lancar atau dapat memperlihatkan hasilnya.

Scorpio Sepintas Lalu

Lambang : Kala Jengking

Kunci Kata : Kreatif

Kekuatan : Kuasa Menukar Kehidupan Sepenuhnya

Perlu Perbaiki : Pengetahuan Wang dan Pemilikan

Cepat Mesra Dengan : Pisces

Perlu Belajar Daripada : Taurus

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada : Aquarius

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh : Leo

Perkara kerohanian Mudah Dibantu Oleh : Cancer , Libra

Warna : Ungu, Merah

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara dan Harmoni : Hijau

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri : Biru

Batu Permata : Batu Darah, Malakit, Manikam, Kuning ( Topaz )

Logam : Besi , Waja, Radium

Bau - bauan : Kelapa, Ceri, Cendana, Tembikai

Hari Terbaik : Selasa (Hari lahir encik tunang..hehehe)

Gelagat Perhubungan

Di sebalik penampilan yang agak kasar ,Scorpio adalah seorang yang lemah .Anda suka disanjung dan takut pada kritikan. Anda sangat mengharapkan kejujuran kawan atau pasangan anda sehingga anda sampai menjadi seorang yang pengongkong dan mudah cemburu.Kalau anda disakiti , anda cepat melenting. Dalam hubungan ini ,kawan atau kekasih yang ideal bagi Scorpio adalah seseorang yang mempunyai daya kesabaran yang paling tinggi dan berupaya menawan kekasaran anda.Orang yang bernaung di bawah lambang Taurus ( 21 April - 20Mei) dan Cancer ( 21 Jun - 20 Julai) merupakan pendamping yang sesuai yang diperlukan oleh Scorpio.Sebaliknya, orang yang bernaung di bawah naungan Aries ( 21 Mac - 20 April ) dan Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ) pula perlu dihindari oleh Scorpio.Taurus adalah pedamping yang diperlukan oleh Scorpio .Dengan kesabaran yang ditunjukkan oleh Taurus , Scorpio mampu melenyapkan sikap kasarnya.Dengan sikap Taurus yang matang dan mantap akan menyebabkan sifat Scorpio yang pencemburu itu akan mudah berasa damai ( tenang ). Berpasangan dengan Cancer pun akan menyenangkan Scorpio. Cancer biasanya seorang yang boleh dipercayai dan mantap . Dia mampu memberi perlindungan dan kedamaian yang diperlukan. Tambahan pula , Cancer juga berpandangan konservatif seperti Scorpio.

Sebaliknya, Aries bukanlah pasangan yang idela bagi Scorpio . Aries cenderung memperkatakan sebarang perkara , sedangkan Scorpio takut dikritik. Demikian juga dengan hubungan Scorpio - Gemini . Sifat Gemini yang keanak - anakan tidak sesuai bagi Scorpio yang juga cenderung
bersifat demikian.

Perhubungan Seks

Scorpio sememangnya lambang zodiak yang seksi . Cubalah tanya pada orang yang pernah bercinta dengan Scorpio , tentulah dia setuju dengan hakikat itu . Scorpio laksana magnet dan orang lain akan mudah tertarik kepadanya. Sayang sekali , sesiapa yang bukan dari jenis yang setia ,jangan cuba - cuba mendekati Scorpio . Orang berlambang Scorpio sentiasa berhati - hati dan sekiranya dia mengetahui dirinya ditipu, tunggu sajalah sengatanya yang berbisa !

Orang kelahiran Scorpio mungkin seorang yang cemburu dan kadang - kala sukar untuk dijangka tindakannya. Namun , anda dapat mempastikan bahawa tiada sesiapa yang betul - betul menyintai anda sebagaimana yang dapat diberikan oleh Scorpio.Tetapi , apabila anda mendapat kepercayaan daripada Scorpio,sudah pasti anda akan dicintai sepenuhnya sehingga anda tidak memerlukan orang lain.

Kerjaya dan Kewangan

Scorpio ingin menjadi pemimpin . Namun , hasrat itu sentiasa dirahsiakan dan tidak dinyatakan secara umum , barangkali sebagaimana orang berlambang Leo . Cita - cita utama Scorpio dalam hidup ialah supaya diangkat oleh teman - teman atau masyarakat sebagai sumber kehidupan dan kebanggaan. Scorpio biasanya berjaya sebagai akauntan , peguam , pengurus atau ahli bank.Dari segi kewangan pula , wang ringgit adalah kuasa bagi orang Scorpio. Wang akan menjadi penyebab kepada perubahan dan pengawalan .Dalam hubungan ini, jika tidak dikawal . orang Scorpio mudah menjadi manusia yang mengutamakan kebendaan dan dikuasai oleh tujuan mendapatkan wang semata - mata !Dari segi lain , kerjaya kebanyakkan orang berlambang Scorpio akan terlibat dalam bidang kewangan seperti akauntan atau pengurus bank. Tetapi ,perlu berhati - hati supaya tidak berlaku penyalah - gunaan kuasa wang ! Walau bagaimanapun, biasanya Scorpio memperolehi wang dari usaha sendiri yang gigih.


Keluarga dan Rumah Tangga

Scorpio sememangnya inginkan keluarga dan rumah tangga yang harmoni .Namun , cara yang dilakukan untuk menimbulkan suasana tersebut kadang -kala dilakukan secara paksaan yang sudah tentunya menyinggung setiap ahli keluarga.Dalam hubungan ini , nampaknya Scorpio perlu membina sikap mengutamakan kehidupan berkeluarga dan rumah tangga . Scorpio sepatutnya menimbulkan suasana melayan aktivit keluarga sebagai satu pasukan , yang mana setiap ahli keluarga perlu menyumbangkan peranan dan tugas yang sesuai.Ini adalah penting kerana sikap Scorpio yang rakus ,bersemangat dan sedia memberi penumpuan , jika tidak diimbangi dengan sikap bertolak ansur , boleh membawa kearah sikap ' kuku besi '. Dengan yang demikian ,sewajarnya Scorpio mempelajari ilmu dan teknik penjagaan anak , rasa bertolak ansur dalam keluarga dan berusaha mengurus rumah tangga secara persefahaman .


Friday, October 8, 2010

Hari yang memenatkan....

Assalamualaikum...

Hari ini aku pergi Mid Valley, bawak resume banyak giler..Naik komuter dari Sg. buluh terus turun Mid Valley senang..Adik tunang hantar..Sampai je tempat job fair, aku meronda dengan hebahnya..Semua tempat aku drop resume..Tambah-tambah bila drop je resume dapat macam-macam, lagila aku suka..Resume aku pun tak update sangat, sebab sekolah satu je yang letak..takpela sama je..Nak tahu apa aku dapat dari job fair tadi..Saksikanla...;D


Beg...aku suka maxis punye sebab warna putih plus tali dia warna warni...;D


Risalah, note book, pelekat kertas dan pen 6 batang...

Risalah lagi..Aku nak wat bungkus apa ek..hehehe..;P


Aku paling suka pen dari UMW, pen tu ada dakwat warna hitam, merah dan biru..paling best ada pensil picit 0.5 sekali tu..Cukup lengkap..Satu lagi pen freescale, siap ada lampu LED lagi..Nak suruh tulis dalam gelap ke??Apapun suke2..;D


Pen 4 in 1...

Pen berLED..

Ada jugak gift yang aku tak tahu function dia..kalau keychain, alas mouse ke dah biasakan..

Korang rase untuk apa nie???Dari Mesiniaga..Nak bagi idea banyak2 kot bile tengok lama2..;P


Mmm..jalan-jalan sampai cari kerja/gift..Tiba ada orang promosi pad Libresse, just letak butir2 peribadi dan pad yang sedang digunakan...Nak tipu pun boleh..Aku pergi sampai 2kali nak dapatkan pad free tu..hehe..

Dua kotak aku dapat..Satu aku dah tampal stiker Job fair..(tampal kat baju tadi)


Agak-agak berapa bulan aku leh jadi Yuna/Adibah Nor???..;P


Sedang duk mencari-cari cinta sejati di masa hadapan, encik tunang datang tiba2..hampeh, datang mengejut..Tapi okla, aku lone ranger je..Takde orang nak cakap..Nak jadi power rangers dah pun..Settle kat job fair pergi makan kat food court, macam biasa Asam Laksa, encik tunang pulak mee kari dan roti boy..pastu pergi lepak kat MPH khatam baca majalah..Nak beli macam membazir..Kalau majalah pengatin ok gak, tapi semua kedai habis..huhuhu..balik beli tiket macam biasa, tunggu lama untuk tengok komuter nie memunculkan wajahnya..Aku betul2 tak puas hati dengan sistem komuter nie, nak buat lagi panjang stesen komuter tapi komuter sedia ada tak cukup train..Asyik rosak..Aku dari Mid Valley nak ke Sg. Buluh 2 kali train rosak, maknanya kena keluar train dan tunggu train lain sampai..2 kali ok!!!Sakit hati tak??Tapi mujur aku dapat duduk atas kerusi..Alhamdulliah, tapi sampai stesen Kepong aku bagi tempat duduk kat orang tua cina..Kadang2 aku dengar jugak kawan2 aku cakap, kalau cina takyahla nak bagi muka, tapi aku nie tahla..Bagi aku sama je..Kan 1 Malaysia..;D

Bayangkanla, hari ini Jumaat, so ramaila pengguna komuter pada hari ini..Dalam sedar tak sedar, ada benda asing berada dalam beg aku..Mungkin barang nie bernilai pada pemilik empunya..kesian tuan punya barang nie..Barang nie aku sedar setelah sampai di stesen Sg. Buluh..Aku tersenyum je melihat barang nie..Mungkin bernilai bagi aku nanti..hehehe..Nak tahu apa dia..Nah!!
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x

Butang beg sapala yang terputus nie..;P

Sesiapa yang kehilangan butang beg nie, sila tuntut ye..Email ataupun facebook akan dilayan..Agak2 jual laku tak???hehehe..;D

p/s: Gambar tidak memuaskan, biasala pakai handfon je..

Thursday, October 7, 2010

Berita Terkini...

Assalamualaikum...

Hari ini insya'allah akan ke Sg. Buluh umah adik encik tunang..Lagipun dia duk sorang2..Esok aku ingat nak pergi ke Mid Valley ada pameran kerjaya kat situ...Alang-alang tak balik lagi pergi jela...Aku pun b'cadang nak pergi pameran pengantin jugak..Semua nak pergi..hehehe

Hari ini aku dapat berkenalan dengan tunang best friend aku...Aku pun baru tahu dia tunang raya ke-2 haritu..Hampeh betul punya kawan..Nanti aku report kat tunang baru tahu..Actually, kawan aku nie lelaki..(sila jangan jeles en. tunang..)..Dia banyak pasang perempuan..Tapi dia baik...Just nak seronok katanye..Aku harap dia dah tunang, takyahla nak couple-couple ngan orang lain dah..Kesian bakal isteri yang memang duk jauh di Sabah nun..Tunang dia pun nampak baik, anak tuk imam...Selamat dunia akhirat...Aku kenal kawan aku nie dah dua tahun..Jumpa kat tempat praktikal..Sesapa yang kenal aku mungkin akan lebih tahu apa maksud yang tersirat kat sini...Apapun kami masing-masing dah bertunang..Kena ingat kedua belah family dah susah payah datang cakap-cakap pasal bila nak kahwin, so lu pikir la sendiri..hhehehee

Semalam aku jumpa kawan lama aku, Suria..budak Mekanikal jugak..Jumpa kat Tesco Shah Alam..Dia kerja kat My Mart @ My Mydin kat Seksyen 7..Aku tengok dia langsung tak berubah, cuma dulu timme buat diploma takdela makeup pun...Sekarang makeupla..Mungkin ada pakwe baru kot sekarang..hehehe..Sebenarnya, dia dengan seorang lelaki malam tadi..Aku tanya tak mengaku pulak..Takpela Suria ooi..Janji happy2 ye...

p/s: Hari ini kali ke2 jumpa encik tunang sejak 2minggu kat Shah Alam..

Friday, October 1, 2010

Interview Jawatan Jurutera Kerajaan...

Assalamualaikum....

Post kali nie just nak kongsi pasal interview jawatan Jurutera J41 pada 24/9/2010 di Perbadanan pergurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam


Perbadanan nie di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Time aku interview ramai dalam 80 lebih orang...So, harapan nak dapat macam tipis je.Tak tahula nak pakai berapa orang time tu..Untuk pengetahuan semua interview tu berlangsung dalam bentuk group..5 orang satu group..Masuk je akan di beri soalan berkisar mekanikal sebagai contoh pasal Accond, heat loss, friction loss, head loss yang memang aku pun dah lupa..Tambah-tambah group aku dah lama tinggal belajar..Semua dah berpengalaman kerja nie..So, kami bincang dalam group baru yang masing-masing tak kenal..Bincang dan bentang..Hai, aku dahla orang yang ke 4 present..Apa yang aku nak cakap lagi..Aku hentam jela..huhuhu...Lepas present duduk dan citer pengalaman kerja..Tu jela serba cikit yang leh kongsi..Opps, sebelum tu ada exam sahsiah rupa diri selama 30minit..

Punyala semangat aku nak dapat kerja nie, beli baju dan seluar lagi..Harap-harap rezeki aku kali nie..Tapi taknak berharap sangat sebab aku rasa tak perform ok sangat sebab aku rasa better aku interview sorang-sorang..Kalau by group nie ikut luck pulak...


Nie blazer yang aku beli....rm69.00


Datang interview pukul 8pagi tapi lepas ambik exam tunggu punyala lama, pukul 3 baru turn aku..letih menunggu dan tkde mood dah nak interview nie..Since interview nie hari Jumaat, aku pun ingat nak tidur kat surau je memandangkan last sesi pukul 12..Nak tunggu mahu 3jam..So, apa lagi tidur time..Sampai je, ada ceramahla pulak oleh Ustazah..Aku pun dah malas nak jalan-jalan duduk jela kat surau tu..Nak cari surau pun letih tanye orang..


Khusyuk dengar ceramah agama...

Ramai jugakkan...

Depan sekali Ustazah..Semua pekerja Telekom Menara Rebung...


Balik interview jumpa encik tunang, dia belanja makan McD yang Cheese tu..Dah banyak kali makan..Time kasih encik tunang, lainkali belanja lagi..Encik tunang nie sangat-sangat memahami aku, yela rasa frust jugak sebab interview macam nie (group), plus semua dah berpengalaman dalam bidang kejuruteraan..Aku pengalaman jadi cikgu jela..waaa..sedih...Don't give up mashi!!!!

That All,
Muuuah...