Post kali nie just nak kongsi pasal interview jawatan Jurutera J41 pada 24/9/2010 di Perbadanan pergurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Perbadanan nie di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Time aku interview ramai dalam 80 lebih orang...So, harapan nak dapat macam tipis je.Tak tahula nak pakai berapa orang time tu..Untuk pengetahuan semua interview tu berlangsung dalam bentuk group..5 orang satu group..Masuk je akan di beri soalan berkisar mekanikal sebagai contoh pasal Accond, heat loss, friction loss, head loss yang memang aku pun dah lupa..Tambah-tambah group aku dah lama tinggal belajar..Semua dah berpengalaman kerja nie..So, kami bincang dalam group baru yang masing-masing tak kenal..Bincang dan bentang..Hai, aku dahla orang yang ke 4 present..Apa yang aku nak cakap lagi..Aku hentam jela..huhuhu...Lepas present duduk dan citer pengalaman kerja..Tu jela serba cikit yang leh kongsi..Opps, sebelum tu ada exam sahsiah rupa diri selama 30minit..
Punyala semangat aku nak dapat kerja nie, beli baju dan seluar lagi..Harap-harap rezeki aku kali nie..Tapi taknak berharap sangat sebab aku rasa tak perform ok sangat sebab aku rasa better aku interview sorang-sorang..Kalau by group nie ikut luck pulak...
Datang interview pukul 8pagi tapi lepas ambik exam tunggu punyala lama, pukul 3 baru turn aku..letih menunggu dan tkde mood dah nak interview nie..Since interview nie hari Jumaat, aku pun ingat nak tidur kat surau je memandangkan last sesi pukul 12..Nak tunggu mahu 3jam..So, apa lagi tidur time..Sampai je, ada ceramahla pulak oleh Ustazah..Aku pun dah malas nak jalan-jalan duduk jela kat surau tu..Nak cari surau pun letih tanye orang..
Depan sekali Ustazah..Semua pekerja Telekom Menara Rebung...
Balik interview jumpa encik tunang, dia belanja makan McD yang Cheese tu..Dah banyak kali makan..Time kasih encik tunang, lainkali belanja lagi..Encik tunang nie sangat-sangat memahami aku, yela rasa frust jugak sebab interview macam nie (group), plus semua dah berpengalaman dalam bidang kejuruteraan..Aku pengalaman jadi cikgu jela..waaa..sedih...Don't give up mashi!!!!That All,
Muuuah...
3 comments:
Insya'Allah...
Anda akan berjaya...usaha tangga kejayaan..bersusah dahulu..bersenang kemudian..muuah
thanks 'abg'...
salam.
Saya termasuk kumpulan yang ditemuduga pada 24 september 2010 selepas solat jumaat.Datuk CEO yang interview dan alhamdulillah saya termasuk dalam 4 orang yang dipilih untuk menjawat jawatan Jurutera J41.
Bagi yang tak berjaya cubalah lagi..
Sekian
Khairul Azmi Bin Mohd Yunus
PPSPPA Kedah
Post a Comment